Aug 08

th.jpg

“Anta hanya boleh pergi Haji tahun 2022, tapi kalau nak cepat, boleh buat rayuan. Tulis surat….” ujar staff TH di depan aku, sebalik kaunter. Hujung-hujung ayatnya tidak jelas pada aku sebabnya aku tersedar/tersenyum/teringat balik yang tahun itu adalah 2022!!. Wow, aku macam tersedar dari mimpi bila mendengar nombor itu. Tidak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk mempunyai pelan sejauh itu dan sekarang aku perlu adakannya.

Menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah adalah impian semua umat islam di dunia ini dan aku pun begitu. Walaupun aku dah 2 kali ke sana (atas urusan kerja & umrah), ibadah Haji adalah berbeza. Cakap jek pasal pergi haji, mak ayah aku mesti sayu saja wajahnya memandangkan kos yang makin tinggi untuk ke sana. Ditambah lagi, nama mereka antara yang sedang diproses untuk ke Mekah tahun ini. InsyaAllah ada rezeki mereka akan ke sana hujung tahun ini juga. Pasal perbelanjaan, biar aku yang risaukan. Ini ‘hadiah’ aku untuk mereka.

Selasa lepas, aku terpanggil untuk mendaftar sebab perlukan faciliti Bank Islam yang boleh memeriksa baki akaun simpanan TH aku dari Internet atau ATM. Semasa aku mendaftar akaun simpanan BIMB, langsung aku mendaftar nama aku untuk ke haji juga. Sekarang ini dengan adanya Kad ATM BIMB, senanglah aku nak monitor Akaun TH yang aku ada.

‘Visit’ aku ke TH kali ini memberikan ‘paradigm shift’ yang major pada aku. Sebab apa? Sebab angka 2022 itu. Ya, tahun 2022. Masa itulah aku boleh pergi ke Mekah. Apa yang ‘kecoh’ sangat pasal itu? Sebenarnya, angka itu menyentuh ‘unconcious mind’ aku yang sebelum ini enak dibuai khayalan. Dibuai dengan ketidaktentuan keputusan yang perlu diambil tentang bilakah harus aku ke Mekah. Sekarang ini, aku dah dapat tahunnya. Senanglah aku nak pelan apa yang patut.

Bercakap pasal itu juga, terpanggil aku membuat ‘countdown’ dari sekarang ke tahun 2022. Masa itu umur adalah 48 tahun. YA! 48 tahun beb. Aku masih sukar nak bayangkan bagaimana wajah/tubuh/perangai aku masa tu. Mungkin lebih baik, kalau tak dijaga, jadi sampah. Dengan menggunakan Macintosh Widget, aku pun dapatlah mengetahui berapa hari lagi (ya beb, hari!) sebelum umurku mencecah 48 tahun. Excited beb. Dalam masa yang sama, aku gunakan function itu untuk mengetahui hari-hari aku untuk sampai ke umur 40, 50, 75 & 100 tahun.

Mungkin ada orang tanya, apa hal kau ‘extreme’ sangat? Aku akan tanya orang tu balik, ‘apa masalah pada kau jika aku buat camni?’. Kalau kau boleh jawap soalan aku, aku dengan secara berhemah akan menjawap soalan kau nanti.

Kiraan bermula dari hari ini..

screen-capture-1.jpg

Hari-hari sebelum umur aku 40 tahun.

screen-capture-5.jpg

sebelum umur aku 48 tahun. (Baca: Pergi HAJI!)

screen-capture-2.jpg

sebelum umur aku 50 tahun.

screen-capture-3.jpg

sebelum umur aku 75 tahun.

screen-capture-4.jpg

sebelum umur aku 100 tahun.

Bila nampak nombor, baru aku tahu. Berapa banyak lagi hari aku kena lalui sebelum sampai ke situ. Memang menarik.

Aug 04
0FE249B7-AD39-42A3-8344-3CE008AFC265.jpg

After contemplating for that idea, looking from many perspectives of opportunity and what future behold on me, i think it’s a high time for me to do it.

It’s time to do it that many perceive it as impossible, yet they does not realize of the power of determination of me.

Impossible is nothing. The brickwall will melt with the heat of my determination.

The time has arrived…

Aug 02
51C11942-DEF3-47B7-A977-B1C2648491A4.jpg

The best ‘emotional-bundled’ book i’ve read. For the last couple of months, i’ve always seen this book at the ’special’ shelf in many bookstores. I thought it ‘another-motivational-book-to-raking-up-a-top-and-quick-dollar-from-the-public’. On July 25, i was proven wrong. I came across Randy’s ‘The Last Lecture’ recording in YinVSYang’s website. It really struck a chord on me. It stirred my emotion. Yes, very much indeed. A dying man, talking about how to live life, being happy, value time & family while he is in the final phase of his life. His vibrant look, energy level did puzzled me. How irony that can be. I came across so many people who wish to die sooner due their mountain of problems and yet, Dr. Pausch who have been told that his life is almost reaching the end, never give up on the battle with his pancreatic cancer.

On the day i discovered who Randy was by watching the video, the very same day he succumbed to the cancer that he suffered. On the next monday, i saw the news from the Internet about the loss. In an instant, i felt the loss too. I never knew him personally. I wish i could.

On that day, after work, i rushed to the nearest bookstore to grab his book titled the same as his video. It cost me RM34.90 from MPH. Back home, i started reading it after having a good shower. I seldom do that if i bought a new book. My gut feeling says, i should do it, ASAP. And i never regret it at all.

This book is such an amazing material. Dr. Pausch wrote about how to life live rather than waiting for his death. His advices are timeless and thought-provoking too. I just finished reading it this afternoon and i might re-read it again tomorrow.

RIP Dr. Randy Pausch. You will be remembered always.

Apr 30

Belum lagi sebulan tinggal di Saudi, kawan aku dah jadi begini. YM chat pun disimpan. Dia pun dah menjadi penulis hebat, akan menjadi tersohor tak lama lagi..hahaha.

Penangan Saudi Syndrome —> ini

Sememangnya hidup di sana agak sadis nadanya.saudi.jpg

Mar 28

Semasa berjalan menuju ke tangga parkir di pejabatku, terlihat seorang lelaki yang sedang asyik bergayut di telefon bimbitnya. Dari firasatku, mungkin dia sedang bercakap dengan isteri yang tercintanya. Pada masa yang sama, dia tidak sedar yang suaranya menyebabkan echo yang agak kuat bila kami menuruni tangga tersebut. Dan terdengarlah aku segala perbualannya. Satu potong perkataan yang masih terngiang hingga sekarang ialah:

“Abang on the way ni…”

Padahal dia masih ada 10 meter untuk sampai ke petak parkir keretanya.

Penipu.

582BE975-4C06-4A13-9B3E-25CA16088F60.jpg

Mar 21

Bila Nikon D200 & 18-200 f3.5-5.6 meronta-ronta ingin dibebaskan dari dalam almari dan bertembung pula dengan workshop ‘Potraiture Lighting’ oleh Ted Adnan semalam, inilah jadinya.

_DSC0222-done-p.jpg

Adeq - model yang menjadi bahan eksperimen dari teori yang diajar.

_DSC0165-done-p.jpg

Wanda - model yang sungguh professional.

Jadi semalam, aku habiskan masa sehari suntuk di dalam Hutan Ulu Langat untuk belajar tentang ‘lighting’ pada fotografi. Sangat menarik. Ilmu yang disampaikan jelas, persekitaran yang selesa menjadikan masa berlalu tanpa disedari.

Aku shoot hampir 200 gambar. Yang boleh pakai hanya 23 sahaja. Ratio yang agak tinggi berbanding dengan Journalist NatGeo.

Balik dari situ, aku terus ke rumah Engku, melantak nasi dagang. Selepas itu aku, dengan mata kuyu, aku teruskan perjalanan balik ke rumah…

Mar 10

C10B6E88-6CC1-4566-803D-1410E694DA6E.jpg

“Aiyoo, macam mana BN boleh kalah aaa ini kali? Wa sula pangkah diolang, kalah juga”, ujar pemandu teksi berbangsa Cina yang mengambil aku di depan Puduraya pagi tadi. Dengan dahi berkerut, dia berkata lagi, “Apasal olang suda tak mau sokong BN, BM takda buat kerja ka?”. Aku senyum lebar. Aku tengok gaya pemandu itu. Kesian pun ada. Dengan baju cap biskut yang lusuh mungkin dah berusia lebih dari 7-8 tahun, seluar hitam yang dah menjadi pudar warnanya, surat khabar terkini di depan Dashboard, aku dapat jangka pemandu ini mungkin mendapat maklumat dari 2 punca : Surat Khabar & sembang pemandu-penumpang. Maklumat yang diterima mungkin juga berat pada sesuatu pihak, untuk kepentingan mereka.

Sepanjang perjalanan itu, dahinya berkerut, memikirkan masa depan, yang padanya telah kelam, bila di tempat dia mengundi telah diambil oleh pihak lain, dan sekarang dia pula menjadi pembangkang. Dia bercerita lagi, pasal Khir Toyo menangis, Samy Vellu lari bercawat ekor, Koh Tsu Koon yang mengundur diri secara gentleman dan Pak Lah yang masih di takhta. Aku beri idea-idea ku yang bernas, walaupun kepalaku masih lagi ‘high’ dengan ubat selsema minggu lepas. Dia cakap, siapa mahu wakilkan masyarakat India di dalam BN bila semua wakilnya kecundang. Aku hanya diam. Tajam gak fikiran pakcik ni.

Teksinya membawa aku terus ke tengah KL, melalui jalan bertentang The Beach, sambil bersembang tentang kekalahan BN 2 hari lepas. Dia masih lagi tidak boleh menerima kekalahan itu. Aku berkata padanya “Taukeh, selama ini, itu wakil rakyat patutnya berkhidmat untuk masyarakat, tapi ramai tak jumpa masyarakat. Duduk rumah, atau pergi jalan-jalan atau buat benda lain. Lu sudah orang pilih jadi wakil, lu kena serve the people. Lu tak buat. Ini sekarang orang mau tunjuk, dia boleh pilih siapa dia mahu jadi wakil”. Aku berkata lagi, “Siapa pun menang uncle, itu orang kita pilih mesti buat kerja. Diaorg yang diberi amanah untuk menjalankan kerja. Itu orang kalah, 5 tahun lagi boleh bertanding.” Dia angguk sahaja. Mungkin dia paham. Mungkin juga confuse.

Sedar tak sedar, teksinya dah sampai depan ofis aku. Aku hulurkan bayaran tambang, dia kembalikan baki. Aku kata “See You, uncle”, dan teksinya beredar. Dalam pikiran aku berkata, memang teori aku pasal pemandu teksi selama ini memang betul. Mereka semua memang tajam fikirannya dan mengikut perkembangan semasa. Cuma sayangnya, medium yang dipilih hanyalah satu cara.

Walau apapun, kalau anda tiada kawan untuk bersembang, naiklah teksi, 80% pemandunya sangat peramah.