Hidup aku sangat hectic hari ini. Sedang aku khusyuk melayan gap analysis paper yang aku buat, sekali aku dipanggil meeting. Senang cerita, aku ditugaskan untuk membuat satu presentation di luar negara. Masa itu aku baru teringat, akhir sekali passport aku di pakai adalah hujung tahun lepas/awal ramadhan. Dan seingat aku lagi, passport itu dah hujung-hujung nyawa sahaja (baca: expire). Apa lagi, macam lipas kudung la aku balik rumah, ambik passport dan cari tempat terhampir untuk renew. Aku call putrajaya, mereka syorkan ke Terminal 2 Subang. Aku terus shoot ke sana. Vios aku dah jadi separa kereta lumba. Sampai sana, dah pukul 12.30pm. Aku terus ke bangunan imigresen, tolak pintu utama. Argh! Kunci. Sah-sah la dah tutup. Masa itu aku terserempak dengan seorang pakcik di tepi bangunan tu. Jadi aku tanya pasal kenapa pejabat ini tutup, sedangkan maklumat dari Putrajaya mengatakan kaunter aku buka terus dari 7am-5pm. Tetiba aku pula kena marah dan dibentak oleh pakcik tu. Tanyanya “Undang-undang mana diorang pakai? Diorang tak sembahyang ke?” Dalam hati aku “Apahal kau marah aku? Kenapa kau tembak ‘the messenger’? Sangat tak adil”
Dengan muka tak puas hati, pakcik tu beredar. Aku rasa, jiwa dia tak stabil kot. Ada masalah kat rumah? Ntah. Itu hal dia. Aku masih bersangka baik. Tekak aku dah kering di bawah matahari Malaysia jam 1245pm sekarang ni. Terus aku ke masjid. Yelah, jumaat. Masa sangat pendek.
Lepas jumaat, aku terus kembali ke Pejabat Imigresen tu. Sampai-sampai je, orang dah mula beratur. “Masalah besar ni”, dalam hati aku. Selepas beratur hampir 15 minit, pintu pejabat di buka, aku bagai orang dikejar langsuir, menyiapkan segala yang perlu. Borang, fotostat MyKad & Gambar. 15 minit sahaja segalanya siap. Sungguh efisien. Bila aku tanya di kaunter, “Boleh siap ke dik renew passport hari ni?”. Jawab dia flat “Takleh bang, isnin”. Sungguh mesra & tepat jawapan itu. “Kalau abang nak buat rayuan, jumpa pegawai hujung sana”.
Lepas terbang duit aku RM300 & dapat resit, aku terus jumpa pegawai yang terlibat. Depan dia, aku terangkan apa yang berlaku. Mula-mula, muka dia agak kerek gak. Pegawai tu, ego bai, ego. Dia minta bos aku supaya faks kan bukti yang aku kena terbang. Aku dah makin rimas. Mungkin dia nampak Nur di wajah aku seminit kemudian, terus dia terima permohonan aku. Phew! Selamat. Akhirnya. Tak lama kemudian, passport baru aku pun siap.
Sangat effisien.

Ni dia passport itu, yang membuatkan hidup aku hari ini agak kucar kacir.
Sedang aku menulis ini, dapat pula tiket yang ditunggu-tunggu.

Tiket, tiket, tiket. Dah lama aku tak ke sini. Akhir sekali, Sept 2005. Dah 2 tahun rupanya.
Tadi, ada tak aku cakap yang aku akan ke Dubai?