Komplimen
Posted in Daily Distortion on September 11th, 2007 by kimi – Be the first to commentyang aku dapat hari ini agak memeranjatkan, kalau tidak pelik. Terakhir sekali aku terima komplimen, mungkin 2-3 tahun lepas, itu pun ada udang sebalik batu. Sungguh plastik. Tak original. Bila terakhir sekali aku beri komplimen? Semalam, pada isteri aku yang susah payah kena jaga anak dalam masa yang sama kena sambung pelajaran.
Mungkin komplimen pada ramai orang tak penting, tapi itu sebenarnya yang manusia cari. Kata pakar, manusia hendak/perlu rasa dihargai, nampak pada mata orang sekeliling. Cara paling mudah untuk mengesahkan eksitensi mereka adalah dengan komplimen. Pastikan yang original. Kalau komplimen berunsurkan bodek, kipas dan sewaktu dengannya, aku nasihatkan hentikan sandiwara itu. Dari 300km jauhnya dah dapat dihidu tengiknya percubaan tersebut.
Berbalik pada komplimen yang aku terima, datangnya dari bukan orang sekeliling aku. Mereka adalah orang tahu apa itu batu, dungu & palsu. Tak tinggal juga ikhlas, tulus & asli. Komplimen ini buat aku serba salah untuk pelbagai sebab. Biarkan akan aku simpan sebab itu dan aku hendak gembirakan jiwa dengan apa yang aku terima hari ini. Mungkin ini yang terakhir dalam tempoh 2-3 tahun dari sekarang.
Sepatah perkataan boleh mengubah hidup seseorang. Itulah yang aku panggil komplimen.


