Archive for September 12th, 2007

1.23@Masjid KLCC

Posted in Daily Distortion on September 12th, 2007 by kimi – Be the first to comment

Ramai memang lah ramai. Full house dalam main hall. Suka hati aku tengok. Yang sedihnya bila dah 8 rakaat, separuh hall kosong. Lengang. Mungkin ada urusan lain lebih penting. Mungkin juga penat…

Aku teruskan juga sampai habis. Alhamdulillah sampai. Sedangkan jogging 2.6km aku boleh teruskan ke 4.0km, inikan pula depan Tuhan. Sendiri kena ingat.

Akhir sekali, seperti biasa kalau perut dah lapar. Aku turun, rezeki menunggu. Sebelum ramai yang menghurung, baik aku ambil habuan aku.

Dapat la sepinggan mihun.

Asalkan ada. Cukuplah…

20070912(001).jpg

Apa itu dalam Savvy?

Posted in Daily Distortion on September 12th, 2007 by kimi – Be the first to comment

Bila kereta aku sampai di basement parking jam 1412 GMT+8, di depan kereta aku ada sebuah Savvy yang statik. Kira dalam posisi parking. Bila aku berkemas untuk ambil barang-barang yang bersepah dalam kereta, aku nampak objek bergerak di dalam nya. Eh, manusia! Ade dua! Hahhh!! Apa korang buat??? Tenung punya tenung pada cermin tinted kereta tu, rupanya dedua jantan. Suka hatikorang la apa nak buat. Sekali itu aku ternampak pulak diorang bertukar-tukar cawan kertas mcdonald…

Info Penting:

Masa: 1412++ (lepas masa rehat sikit sahaja)
Tempat: Basement Parking
Objek tambahan: Makanan & Minuman

Terdetik pulak benda ni dalam kepala aku…

“Rehearsal untuk esok ke bang?”

Hahaha. Suka hati korang la apa nak buat…Macam aku peduli.

Aku masih bersangka baik…

softdrinks.jpg

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes