Archive for September 13th, 2007

Inilah dia bila…

Posted in Daily Distortion on September 13th, 2007 by kimi – Be the first to comment

dah hampir pukul 6.30 petang.

Huru-hara meja aku, letih & ngantuk.

MacBookPro yang sedang di’defrag’ secara total
20070913(001)1.jpg

Peneman hidupku semasa mengantuk. Playlist – Beirut (Gulag Orkestar)
20070913(005).jpg

Botol ini akan bersara sementara. Paling tidak, 30 hari
20070913(003)1.jpg

2.23@Masjid KLCC

Posted in Daily Distortion on September 13th, 2007 by kimi – Be the first to comment

Kurang sikit la dari semalam, seperti dijangka. Memang sakan mengantuk aku malam ni, ditambah pula dalam main hall yang sejuk. Lagi layan la mata aku :D

Bila aku pandang depan…

20070913(009).jpg

Kiri…

20070913(010).jpg

Kanan…

20070913(011).jpg

Atas…

20070913(007).jpg

Memang sah, aku sangat mengantuk.

Habis je witir, aku terus turun. Tengok ada kuih, ambil satu dan terus balik opis.

Inilah kuihku.

20070913(014).jpg

Jangan tanya nama kuih.

1@Sahur

Posted in Daily Distortion on September 13th, 2007 by kimi – 2 Comments

Punya payah nak bangkit tidur, dah la tidur lambat semalam. Nasib kat opis tak rasa gegaran dari sumatera. Kalau tak, mungkin pagi ini aku entah kat mana.

Menu pagi ini memang sedap. Ayam masak kicap (mentua bagi, twing!), goreng sayur & goreng pekasam (boleh tak yang ni jadi menu tetap). Aku makan seperti biasa, tak ada hilang sikit pun selera.

DSCN2776-test.jpg

Makan punya makan, budak ini pula tumpang sekaki. Ini lah penyeri yang aku ada. Punya la bosan kalau bersahur 2 orang sahaja.

DSCN2779-ccw.jpg

Masa untuk pergi kerja. Mata pun agak tak stabil. Aku nak tengok sampai pukul berapa lah agaknya mata ini boleh bertahan.

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes