Archive for September 19th, 2007

Santapan Biasa

Posted in Daily Distortion on September 19th, 2007 by kimi – 2 Comments

Ni dia, menu berbuka puasa aku.

Buah Kurma + Nasi separuh + Pari Bakar + Sayur Campur + Teh O’ Ais Limau.

DSCN2817.jpg

Harga?

RM5.50

Boleh pakai Civic Hybrid lepas raya ni, haha

Capitalist

Posted in Daily Distortion on September 19th, 2007 by kimi – Be the first to comment

This unthreaded key cost me RM 33.90. It is only a tiny metal with cheap plastic housing and it can command such hefty price tag. At some shops, it is around RM 80-100 for the same.

DSCN2812.jpg

Nice. Malaysia is going to be a capitalist country very soon.

Bas

Posted in Daily Distortion on September 19th, 2007 by kimi – Be the first to comment

Lama juga aku tak naik bas dalam kawasan Lembah Kelang ni. Salah satu sebabnya, dah ada kereta sendiri. Lagi, aku suka naik LRT, tak payah nak meranduk trafik yang semakin tenat sekarang ini.

Mungkin rezeki aku hari ini, aku dapat juga naik bas atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Dari opis, aku naik LRT ke KL Sentral, dan dari situ, aku naik bas balik ke rumah aku. Kosnya murah juga, berbanding dengan belanja petrol Viosku + Tol NPE + Tol SMART Tunnel. Alternatif yang menarik juga ni memandang kes-kes yang tidak memberangsangkan kebelakangan ini.

Yang aku paling gemar bila naik bas ialah pada masa kena berjalan balik ke rumah. Sambil berjalan, sambil layan ipod aku dan mata tengok gelagat manusia yang pelbagai. Yang masalahnya bila berjalan ialah peluh aku keluar hampir nak sama kuantitinya kalau nak dibandingkan dengan aku berlari 4km. Rimas ooo rimas. Bayangkan sampai rumah, separuh baju kuyup. Selalunya akan ada orang tegur – “balik berkebun ke?”. Nasib juga lah sabar aku agak tebal, selalunya. Aku masih tiada penyelesaian pasal peluh tu. Mungkin ada rahmat Allah bagi di sebalik sesuatu kejadian.

20070918(005).jpg

Fikir punya fikir, nak buat macam mana, dah cuaca Malaysia macam tu, ‘humid’ yang melampau. Badan aku perlukan cara menyejuk diri sendiri. Lain lah kalau aku duduk di Barcelona. :D

Baru

Posted in Daily Distortion on September 19th, 2007 by kimi – 1 Comment

Kereta baru kawanku. GEN2 putih, masih berbau kilang lagi walaupun dari luar. Mungkin setiap hari sebelum pergi kerja dilapnya hingga kering segala titik air di permukaan kereta. Senyum pun sampai ke telinga sekarang ini nampaknya.

Berserilah raya tahun ini. Kereta baru, department baru & azam baru.

20070918(001)-1.jpg

p/s: Bila lagi nak bagi aku test drive?

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes