Phulwani
Posted in Daily Distortion on September 26th, 2007 by kimi – 1 CommentSelepas habis kerja, aku keluar ke ‘downtown’ Dubai. Yang aku tujui, Naif Road. Kalau orang perempuan (sebahagian) dengar nama ini, mereka boleh automatik menjadi histeria. Tempat ini memang syurga untuk shopping, tak kira berapa Dirham lagi duit tinggal di dalam poket.
Perjalanan 8km mengambil masa sejam lebih. Trafik di sini memang kejam, dengan manusia yang tak tahu ikut undang-undang, sana cilok, sini masuk. 20 minit dalam teksi, aku dah pening kepala tengok gelagat manusia. Tambang teksi sahaja dah AED 22, terpikir gak aku, baik aku jalan kaki. Kalau tak sebab puasa & panas, memang aku dah buat. (teringat aku Barcelona).
Objektif aku di sini sangat mudah, carikan isteri/emak/emak mentua/anak habuan untuk Hari Raya mereka. Aku? Belum lagi, sebab yang aku cari, ada di Airport nanti. Dan yang aku cari di sini ialah kedai yang pernah menyebabkan poket ku rabak tahun 2005. Penat aku berjalan, sebab teksi berhentikan aku tempat yang salah. Itu satu hal. Lepas tu, nak mencari kedai tu pun satu masalah. Penat aku tawaf sepanjang Naif Road, dari hujung ke hujung, masuk ke celah-celah kedai & masjid, masih tak berjumpa. Lepas tu, dengan berjumpa dengan Mamat Kerala di sebuah restoran, dia sapa aku dulu, tanya hendak ke mana. Lepas tu, sembang punya sembang, rupanya dia pernah kerja di Malaysia, jadi pembantu restoran di Port Klang. Sungguh peramah. Mungkin di tahu orang Malaysia memang baik hati. Aku tak terkecuali. Aku tanya pada dia, kedai yang aku cari, nampaknya nama kedai tu tak popular di sini. Dia suruh ku berjalan ke depan simpang dan masuk ke kanan. Dia suruh teruskan pencarian dari situ. Dengan kecewa, aku ke situ, bermula lagi sesi pencarian yang mungkin akan jadi lebih panjang.

‘Clue’ Pertamaku.

