Bas
Lama juga aku tak naik bas dalam kawasan Lembah Kelang ni. Salah satu sebabnya, dah ada kereta sendiri. Lagi, aku suka naik LRT, tak payah nak meranduk trafik yang semakin tenat sekarang ini.
Mungkin rezeki aku hari ini, aku dapat juga naik bas atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Dari opis, aku naik LRT ke KL Sentral, dan dari situ, aku naik bas balik ke rumah aku. Kosnya murah juga, berbanding dengan belanja petrol Viosku + Tol NPE + Tol SMART Tunnel. Alternatif yang menarik juga ni memandang kes-kes yang tidak memberangsangkan kebelakangan ini.
Yang aku paling gemar bila naik bas ialah pada masa kena berjalan balik ke rumah. Sambil berjalan, sambil layan ipod aku dan mata tengok gelagat manusia yang pelbagai. Yang masalahnya bila berjalan ialah peluh aku keluar hampir nak sama kuantitinya kalau nak dibandingkan dengan aku berlari 4km. Rimas ooo rimas. Bayangkan sampai rumah, separuh baju kuyup. Selalunya akan ada orang tegur – “balik berkebun ke?”. Nasib juga lah sabar aku agak tebal, selalunya. Aku masih tiada penyelesaian pasal peluh tu. Mungkin ada rahmat Allah bagi di sebalik sesuatu kejadian.

Fikir punya fikir, nak buat macam mana, dah cuaca Malaysia macam tu, ‘humid’ yang melampau. Badan aku perlukan cara menyejuk diri sendiri. Lain lah kalau aku duduk di Barcelona.
