Phulwani

Selepas habis kerja, aku keluar ke ‘downtown’ Dubai. Yang aku tujui, Naif Road. Kalau orang perempuan (sebahagian) dengar nama ini, mereka boleh automatik menjadi histeria. Tempat ini memang syurga untuk shopping, tak kira berapa Dirham lagi duit tinggal di dalam poket.

Perjalanan 8km mengambil masa sejam lebih. Trafik di sini memang kejam, dengan manusia yang tak tahu ikut undang-undang, sana cilok, sini masuk. 20 minit dalam teksi, aku dah pening kepala tengok gelagat manusia. Tambang teksi sahaja dah AED 22, terpikir gak aku, baik aku jalan kaki. Kalau tak sebab puasa & panas, memang aku dah buat. (teringat aku Barcelona).

Objektif aku di sini sangat mudah, carikan isteri/emak/emak mentua/anak habuan untuk Hari Raya mereka. Aku? Belum lagi, sebab yang aku cari, ada di Airport nanti. Dan yang aku cari di sini ialah kedai yang pernah menyebabkan poket ku rabak tahun 2005. Penat aku berjalan, sebab teksi berhentikan aku tempat yang salah. Itu satu hal. Lepas tu, nak mencari kedai tu pun satu masalah. Penat aku tawaf sepanjang Naif Road, dari hujung ke hujung, masuk ke celah-celah kedai & masjid, masih tak berjumpa. Lepas tu, dengan berjumpa dengan Mamat Kerala di sebuah restoran, dia sapa aku dulu, tanya hendak ke mana. Lepas tu, sembang punya sembang, rupanya dia pernah kerja di Malaysia, jadi pembantu restoran di Port Klang. Sungguh peramah. Mungkin di tahu orang Malaysia memang baik hati. Aku tak terkecuali. Aku tanya pada dia, kedai yang aku cari, nampaknya nama kedai tu tak popular di sini. Dia suruh ku berjalan ke depan simpang dan masuk ke kanan. Dia suruh teruskan pencarian dari situ. Dengan kecewa, aku ke situ, bermula lagi sesi pencarian yang mungkin akan jadi lebih panjang.

DSCN2877.jpg

‘Clue’ Pertamaku.

Dari situ aku berjalan longlai, azan asar dah berkumandangan dan aku dah jamakkan solatku awal-awal tadi. Sikit-sikit aku teruskan berjalan. Ku toleh kiri kanan atas, masih tak berjumpa yang aku cari. Tetiba ku jenguk di celah bangunan, ku nampak satu objek yang masih ada kukuh dalam kepalaku. Pokok di celah bangunan!. Ku berjalan di lorong itu, dan ku berjumpa dengan ‘clue’ untuk meneruskan pencarianku. Kedai bernama ‘Modern Arts Tailor’ memang boleh membantu aku. Aku tanya pada tuan kedai, di mana boleh aku cari kedai yang satu itu, katanya mudah “U go straight, right and then right”. “Thanks a lot”, aku jawab.

Aku teruskan perjalanan, sempat aku rakamkan ‘point of reference’ yang penting, jika aku ke sini lagi. Tak sampai 3 minit, akhirnya berjumpa. Kedai bernama Phulwani Trading ada di depan mata. Macam tak percaya pun ada, bila aku dah hampir ‘give up’ untuk mencarinya.

DSCN2881.jpg

Simpang penting. Ingat ini, Kimi.

DSCN2883.jpg

Yang aku cari, Phulwani. Memang habislah duitku lagi kali ini.

Dalam kedai tu, aku habiskan masa tak lama, 30 minit lebih kurang. Baju yang ku tempah tahun 2005 dahulu yang patutnya di hantar ke KL masih ada di situ. Rupanya kedai di KL telah ditutup 1.5 tahun lepas, oleh kerenah birokrasi. Aku ambil kain itu, kain ini, untuk orang itu & orang ini dan bayar. Tak larat aku nak jelajah satu kedai. Mungkin akan parah poket ku kalau aku buat begitu.

Lepas bayar, aku beredar. Mencari pula buah kurma di sini, masih tak berjumpa setanding di Saudi. Baru aku ingat, Dubai lebih kecil dari Singapore, dah tentu tak ada industri tanaman kurma, tak macam Saudi. Bercakap pasal Saudi, teringat pada kawan aku di sana. Mungkin aku kena cari lagu Dendang Perantau minggu ini. Email padanya minggu depan. Pasal kurma itu, aku kensel saja pencarianku. Badan aku dah hampir ‘give-up’ dan maghrib dah hampir tiba.

Aku datang balik ke Restoran tadi untuk berbuka. Orang dah ramai, hampir penuh meja di luar. Aku tak ingin duduk di situ, panas dan bahangnya boleh menjadikan aku hilang sabar. Aku masuk ke dalam, sejuk sampai ke tulang. Ini lebih baik untuk aku. Aku terus order 2 shwarma, 2 grilled-chicken, 1 cocktail drink. Order ini termasuk untuk sahurku pagi esok.

DSCN2892.jpg

Juadah berbuka, ditaja oleh Tuan Punya Restoran.

DSCN2899.jpgDSCN2905.jpg

Orderku hari ini. :D

Sampai saja order yang aku minta, dengan segala fokus, aku membelasah segala yang ada di depan mata, masih dengan tertib. Setelah kenyang, aku bayar AED 31 untuk segala dan beredar. Perut dah kenyang, mata dah layu. Aku jalan ke Jeti berhampiran, 1 Dirham bertukar tangan, dan aku di dalam perut sampan usang, membawaku ke tebing sebelah sana. Perjalanan yang menarik, walaupun unsur keselamatan memang tak wujud di atas sampan itu. Bau asap enjin diesel jangan di tanya. Siapa ada asthma, memang boleh merana.

DSCN2914.jpg

Sampan meninggalkan jeti.


Turun dari sampan, aku teruskan berjalan ke stesen teksi. Tanya pada pemandu teksi, Burjuman ada pergi? Dia angguk sahaja. Aku masuk ke dalam teksi yang sejuknya tak ubah seperti dalam peti ais mega. 10 minit kemudian, ia sampai ke destinasi. AED 11 terbang kali ini.

Sampai ke bilik, dengan kepenatan yang maksima, aku tertidur sehingga masa bersahur. Ini semuanya Phulwani punya pasal.

Share
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  1. dqueen says:

    sioknya hang shopping2 nih… my new favourite event nih…

  1. There are no trackbacks for this post yet.

Leave a Reply

 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes