Menyelamatkan Nyawa
Posted in Daily Distortion on October 23rd, 2007 by kimi – 2 Comments
Harapnya dengan 450ml darah yang aku derma ke PPUM hari ini, boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Kalau darah itu digunakan untuk kajian perubatan, harapnya ia boleh membantu untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa.
Dermaan kali ini mencatatkan rekod peribadi aku juga. Kurang dari 6 minit, 450ml darah dapat didermakan. Aku ingat masa tahun 1993, masa tragedi Highland Tower, aku terpaksa tunggu 20 minit untuk mencukupkan kapasiti 450ml. Huh, masa tu aku mana pernah bersenam langsung. Tak pelik la pun.

Habuan selepas menderma. Mac Breakfast, ihsan dari penaja.







