Daily Distortion

Wajah

Posted in Daily Distortion, family on September 1st, 2010 by kimi – Be the first to comment

Selalunya selepas seharian bekerja, tenaga badan aku hanya ada dalam 20-30% bila sampai di rumah. Semasa memandu balik, selalu aku akan menguap selang 3-4 sekali. Begitulah penatnya bila seharian menggunakan tenaga otak. Kalau boleh, bila sampai di rumah, hendak saja aku letak beg dan terus terbaring di atas sofa untuk merehatkan badan. Di sebabkan ada 2 orang penting di dalam hidupku yang perlu aku utamakan dulu, niat itu selalunya terbantut sahaja.

Apa yang sering berlaku, aku akan mandi dan solat terlebih dahulu sebelum menjemput mereka dari rumah ipar & mentuaku. Walaupun badan dah sedikit segar ketika itu, letih masih lagi melekat. Mereka umpama tahu (memang tahu, rasanya) masa aku menjemput itu. Semua dah secara automatik bersedia sejak awal lagi. Aku menaiki tangga dan bila pintu dibuka dan nampak 2 wajah yang aku rindu, segala letih badan hilang serta merta. Ke manakah hilang letih tadi? Sampai sekarang aku mencari jawapannya.

IMG_1426-1.jpg

Wajah yang selalu aku rindui : Zafeera & Zeyad

2 orang penting dan berharga dalam hidup aku ini, banyak mengubah hidup aku sebagai seorang anak, lelaki, ketua keluarga. Pengalaman bersama mereka yang sangat berharga yang aku hargai sampai bila-bila. Jika ditanya pada 10 tahun lepas, bolehkah kau menjaga anak kau sendiri, sukar juga untuk aku menjawap. Alhamdulillah sekarang ini aku sudah ada 2 orang anak yang sangat aku sayang.

Usaha ini sukar juga untuk aku jalankan tanpa kehadiran seorang lagi, Isteri aku. :)

Mimpi?

Posted in Daily Distortion on August 26th, 2010 by kimi – Be the first to comment

Inception Fold.JPG

 

Sejak minggu lepas, selepas menonton filem Inception, banyak benda yang pelik-pelik aku alami. Mungkin di sebabkan cara aku mempercayai filem itu lebih dari realiti yang ada. Aku sungguh kagum dengan Paradox yang Nolan ketengahkan, Penrose Stairs yang nampaknya ‘berfungsi’ dan mimpi ciptaan seorang arkitek yang sungguh licik. Aku terpesona dengan mesej yang ada dalam filem ini, sampai hingga ke hari ini aku masih masih terngiang-ngiang ayat yang disebut oleh Cobb:

“Well dreams, they feel real while we’re in them, right? It’s only when we wake up that we realize how things are actually strange. Let me ask you a question, you, you never really remember the beginning of a dream do you? You always wind up right in the middle of what’s going on.”

Pernyataan “…you never really remember the beginning of a dream do you?” menjadi satu misteri diri aku hingga ke hari ini, hingga aku memikirkan benda ini dalam mimpi!

Kalau sesiapa yang sudah menonton filem ini akan dapat mengimbau kembali pada masa Cobb membawa Ariadne berjalan-jalan dalam di dalam mimpi ciptaan mereka. Mereka pergi ke seluruh pelusuk bandar, memeriksa jika ada sebarang kecacatan kepada ‘mimpi’ ciptaan mereka.

Ia wujud dalam mimpi aku juga! Cobb & Adriane ada di depan, aku di belakang mereka… :D

Dan…pada satu masa bila Ariadne pergi ke hujung sebatang jalan, dan dia mendongak ke atas, dan dia melihat bandar tersebut dilipat dua, Cobb berlari padanya, umpama untuk menyelamatkan diri kedua mereka. Aku tercegat 50 meter di belakang, melihat aksi mereka. Terdiam, tiada idea untuk berbuat apa. Aku hanya terpaku di situ. Dan…bila lipatan itu hampir’ mengena aku, ku lihat objek-objek yang tidak ku sangka jatuh meluru ke atas aku dengan mengikut hukum graviti alam. Objek seperti..

Kereta Ferrari,

Rumah Agam bersaiz mega,

Duit berkoyan-koyan di dalam buntil bersaiz besar,

…datang untuk menghempap aku dengan rela.

Semasa itulah aku berasa sangat panik dan tidak tahu apa yang aku perlu buat. Yang aku ingat, aku berfikir untuk menyelamatkan diri, cuma tidak tahu nak pergi ke mana. Di depan sana, bandar ini sudah ‘dilipat’ erat, di belakangku jaraknya infiniti yang tidak membenarkan aku berlari jauh. Pada masa yang sama, kawan baik aku, Nazri Ahmad ada di situ. (Apa kau buat dalam mimpi aku?…hehe). Mungkin habuan yang jatuh itu sebenarnya untuk dia? Mungkin juga.

Masih aku ingat lagi, bila buntil duit itu hampir mengena muka aku…Tiba-tiba..

“Bangun, bangun! Nak sahur kan? Ni dah lambat ini, ada 20 minit jek lagi” – Suara isteri aku mengejutkan aku dari tidur.

Fuhhh! Lega! Legaaaaaaaaa!!!

Aku tak tahu apa akan jadi pada aku jika isteri aku lambat 1 minit mengejutkan aku pada pagi itu.

Nak gak aku tahu ‘ending’ mimpi itu. Mimpi yang sangat berbeza yang aku pernah alami.

…dan satu lagi, apa sebenarnya mesej yang Inception ingin beritahu padaku yang sehingga hari ini aku masih belum paham.

Hidup ini adalah Paradoks?

Mungkin.

p/s: Apa yang jadi pada Nazri Ahmad dalam mimpi aku? Aku pun tak tahu….

Satu

Posted in Daily Distortion on November 30th, 2009 by kimi – Be the first to comment

Dewa 19 – Satu

aku ini adalah dirimu
cinta ini adalah cintamuaku ini adalah dirimu
jiwa ini adalah jiwamu
rindu ini adalah rindumu
darah ini adalah darahmutak ada yang lain selain dirimu
yang selalu ku puja
ku sebut namamu di setiap hembusan nafasku
ku sebut namamu, ku sebut namamu

dengan tanganmu aku menyentuh
dengan kakimu aku berjalan
dengan matamu aku memandang
dengan telingamu aku mendengar
dengan lidahmu aku bicara
dengan hatimu aku merasa

Bila Rumi Menari

Posted in Daily Distortion on November 30th, 2009 by kimi – Be the first to comment

Lirik yang paling aku suka sekarang ini. Maksud yang sangat dalam. Perlukan perjalanan yang jauh untuk memahaminya.

Bila Rumi Menari – M. Nasir

Kita menari bukan sebarang tarian
Asalnya dari tanah orang-orang pilihan
Bila terdengar masnawi ciptaan maulana
Ku bunuh nafsu lebur rantainya dari badan

Hingga hilang bangga diri
Berani hidup berani mati
Bagai musafir bertemu janji
Ini Darwis sudah gila berahi

Kita tak rindu pada siasah dunia
Perangkapnya membuat manusia hampa
Untuk bertemu impian bukan percuma
Mengorbankan yang tersangat kita cinta

Bagai Yunus dimakan paus
Ibrahim tak makan api
Bertemu kekasih di malam kudus
Luka di badan tak terasa lagi
Pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana
Aku mabuk hakiki mendengar suaramu

Sayang… pada mereka yang tak mengerti
Sayang… pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari

Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan yang dikasihi

Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan kekasih

Mevlana_Konya.jpg

sumber: wikipedia

Belasungkawa, Opah Wan

Posted in Daily Distortion, family on November 17th, 2009 by kimi – Be the first to comment

After more than 3 years since my Opah passed away, now Allah has chosen Opah Wan to be with her dear sister. Opah Wan passed away today, after a long struggle with her old age and numerous health problems.

Al-Fatihah to Opah Wan & Opah. May Allah bless your souls.

Rest in Peace. You shall be missed. :(

Al-Fatihah.jpg
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes